Author: sport7

6 Billionaire Dunia Yang Masih Pandu Kereta Murah!

6 Billionaire Dunia Yang Masih Pandu Kereta Murah!

Kereta adalah satu keperluan di zaman serba canggih ini. Dahulunya ia merupakan satu kemewahan, namun kini tidak lagi, melainkan anda mampu untuk membeli kereta mewah.

Bagi billionaire, tiada apa yang mustahil bagi mereka, apatah lagi untuk memiliki kereta bernilai jutaan ringgi. Tak perlu kita cakap mengenai billionaire, mereka yang bergelar jutawan, malah ada yang tidak sekalipun, memiliki kereta yang sangat mewah.

iluminasi.com ingin berkongsi 6 kereta yang dipandu oleh antara manusia paling kaya di dunia.

1. Steve Ballmer

steve ballmer

Steve Ballmer merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Microsoft di antara tahun 2000 hingga 2014. Graduan Universiti Harvard diambil bekerja dengan Microsoft selepas beliau tamat daripada pengajian oleh Bill Gates yang tidak tamatkan pengajiannya di Harvard.

Kini kekayaan Steve adalah sebanyak RM143 billion, dan mampu memiliki semua jenis kereta di atas muka bumi ini. Namun, beliau memilih untuk memandu kereta Ford, kerana bapanya merupakan bekas pengurus di Ford Motor Company.

steve ballmer dihadiahkan kereta ford

steve ballmer memandu ford fusion hybrid

Pada tahun 2009, bagi meraikan kejayaan Ford mencapai kenderaan ke sejuta yang dilengkapi dengan SYNC (sistem komunikasi dan hiburan dalam kereta), CEO Ford ketika itu telah menghadiahkan Steve sebuah kereta Ford Fusion Hybrid.

Kereta mesra alam tersebut berharga RM117,600 dan masih dipandu Steve sehingga hari ini.

2. Warren Buffett

warren buffet

Siapa tak kenal manusia ke-2 terkaya di dunia ini. Warren Buffet adalah CEO syarikat konglemerat Berkshire Hathaway. Memang tak dinafikan beliau sangat terkenal dengan sifat berjimat cermat.

Sangat cermat, sehinggakan beliau tak pernah membelanjakan wang lebih daripada USD3.17 (RM13.40) untuk sarapan.

rumah warren buffet

Sehingga kini, sudah 59 tahun Warren tinggal di rumahnya yang dibeli pada tahun 1958 dengan harga USD31,500 (RM133,000) ketika itu yang bersamaan RM1.09 juta hari ini.

cadillac dts milik warren buffet

Malah, pada tahun 2014, untuk menaiktaraf kereta yang dipandunya ketika itu iaitu Cadillac DTS selepas anaknya memberitahu bahawa kereta itu memalukan, Warren dilaporkan telah membeli sebuah kereta Cadillac XTS dengan harga RM190,000.

3. Ingvar Kamprad

ingvar kamprad

Anda suka makan meatball di Ikea? Kereta apa yang anda pandu untuk ke Ikea Cheras atau Damansara? BMW? Mercedes? Ferrari? Maka anda lebih hebat daripada pengasas Ikea sendiri iaitu Ingvar Kamprad.

Ingvar adalah seperti beberapa billionaire lain, seorang yang tidak suka membelanjakan wangnya pada sesuatu yang tidak diperlukan, walaupun ia tidak mahal, dan tak menjejaskan kekayaannya. Beliau mendakwa hanya menggunting rambut apabila beliau berada di negara membangun, semata-mata untuk berjimat.

rumah ingvar kamprad

Walaupun Ikea menjual barang perabut rumah yang mewah, namun pengasasnya masih tinggal di banglo yang serba sederhana. Beliau juga makan di Ikea sendiri, dan berbelanja di pasar tempatan.

Pada tahun 2014, wartawan The Telegraph bahawa Ingvar memberitahu televisyen dengan berkata, “Kalau anda lihat pada saya sekarang, saya rasa tak ada satu pun apa yang saya pakai ini yang tak dibeli di pasar karat,”.

kereta yang dipandu oleh ingvar kamprad

Dan kereta pilihan individu dengan kekayaan RM196 billion ini adalah kereta Volvo 240 GL 1993 yang berharga RM92,400 ketika dibeli dan mungkin RM5,000 pada hari ini. Namun Ingvar telah melepaskan kereta kesayangannya itu selepas dipujuk kerana kereta tersebut dikatakan sangat berbahaya bagi usianya yang kini menjangkau 91 tahun.

4. Alice Walton

alice walton pewaris walmart

Alice Walton adalah anak kepada Sam Walton, pengasas syarikat paling kaya di dunia iaitu Walmart.

Ketika ini, dengan kekayaan RM171 billion, Alice Walton adalah wanita paling kaya atas muka bumi selepas kematian Liliane Bettencourt pada 21 September 2017.

kereta wanita paling kaya di dunia

Dan kereta yang menjadi pilihan wanita terkaya di dunia ini adalah Ford F-150 200, yang dianggarkan berharga RM168,000. Bapanya, Sam Walton juga memandu kereta sederhana iaitu kereta versi yang sama tahun 1979, sehinggalah kematiannya pada tahun 1992.

5. Mark Zuckerberg

mark zuckerberg dalam kereta murahnya

Dengan kekayaan RM300 billion ketika ini, bukan sahaja kereta, malah Mark mampu untuk membeli kapal terbang dan memandu di atas jala raya. Namun, umum tahu bahawa Mark bukanlah seorang yang suka membazir, dan hanya membeli apa yang perlu.

Mark sering dilihat memandu kereta Acura TSX berwarna hitam yang dianggarkan berharga RM126,000. Selain itu, CEO Facebook ini juga dilaporkan mempunyai sebuah kereta Volkswagen GTI dengan harga hampir sama dengan Acura TSX.

acura tsx 605

Mark memberitahu beliau memilih kereta tersebut kerana ia selamat, selesa dan tidak menarik perhatian.

6. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

tan sri syed mokhtar albukhary

Siapa tak kenal dengan hartawan ini. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary adalah seorang ahli perniagaan yang sangat berjaya. Beliau merupakan salah seorang manusia terkaya di Malaysia dengan kekayaan sebanyak RM7.6 billion pada tahun 2017.

Menurut sumber, kini Tan Sri Mokhtar hanya memandu Proton Perdana.

proton perdana

Kredit : Paultan.org

Beliau pernah memberitahu, “Gaya hidup ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta Nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana,”.

Rujukan :

1. CNBC

2. Telegraph

3. The Guardian

4. Reuters

5. Business Insider

6. Daily Mail

7. sumberhangat.com

10 LOMBONG EMAS TERBESAR DI DUNIA

10 LOMBONG EMAS TERBESAR DI DUNIA

​Lombong emas terbesar di dunia mengikut kepada pengeluaran tahunan masing-masing.

10. Lombong Boddington (Australia)

Lombong ini dibuka semula pada Februari 2010. Lombong Emas Boddington menghasilkan 23,045 kg emas pada tahun 2011. Ia merupakan salah sebuah lombong emas yang terbesar di Australia dan juga dunia. Dalam setahun lombong ini juga menghasilkan puluhan ribu kilogram tembaga. Lombong ini dimiliki oleh Normandy Mining, Acacia Resources and Newcreast Mining.

9. Lagunas Norte (Peru)

Lagunas Norte terletak di utara Peru dan dimiliki oleh Barrick Gold Corp. Ianya juga merupakan lombong emas kedua terbesar di Peru. Lagunas Norte menghasilkan 25,188 kg emas pada tahun 2010. Syarikat pengusaha lombong ini sedang giat mengembangkan lagi projek perlombongan di tapak ini yang mana akan meningkatkan lagi jumlah pengeluaran sehingga ke tahun 2016. Lombong ini dipercayai mempunyai jumlah emas sebanyak 205,283 kg.

8. West Wits (Afrika Selatan)

Operasi perlombongan emas di West Wits dipercayai merupakan operasi perlombongan terdalam buat masa ini. Western Wits terdiri daripada 3 lombong utama iaitu Mponeng, Savuka dan lombong Tautone yang merupakan lombong paling dalam di dunia. Pada tahun 2011, Western Wits menghasilkan 24,634 kg emas di mana 7,589 kg daripadanya dihasilkan daripada lombong Tautone. Keseluruhan Western Wits yang terdiri daripada tiga lombong emas adalah dimiliki oleh AngloGold Ashanti.

7. The Super Pit (Australia)

Lombong emas The Super Pit merupakan tarikan utama pelancongan di Kalgoorlie, Barat Australia. Lombong emas ini merupakan lombong emas ‘lubang terbuka’ yang terbesar di Australia seperti yang dapat kita lihat pada gambar di atas. Ia menghasilkan 21,461 kg emas pada tahun 2009. Lombong ini dimiliki oleh Kalgoorlie Consolidated Gold Mine Pty Ltd., iaitu syarikat yang 50% dimiliki oleh Barrick Gold Corp. dan 50% lagi dipegang oleh Newmont Mining Corporation.

6. Vaal River (Afrika Selatan)

Ia merupakan operasi perlombongan emas di bawah tanah yang dimiliki oleh AngloGold Ashanti. Ia terdiri daripada beberapa lombong emas bawah tanah antaranya ialah Great Noligwa, Kopanang dan lombong Moab Khotsong. Ia menghasilkan 25,847 kg emas pada tahun 2011 dan rizab keseluruhan Great Noligwa yang terbukti adalah sebanyak 37,324 kg emas manakala lombong Kopanang memiliki rizab yang terbukti sebanyak 311,035 kg emas.

5. Veladero (Argentina)

Lombong emas Veladero merupakan lombong emas ‘lubang terbuka’ yang terbesar di Argentina. Ianya juga dimiliki oleh Barrick Gold Corporation. Pada tahun 2009, Veladero menghasilkan 19,000 kg emas dan ia mempunyai output sebanyak 27,993 kg emas pada tahun lalu. Veladero mempunyai rizab emas yang terbukti sebanyak 373,242 kg emas.

4. Goldstrike (Amerika Syarikat)

Goldstrike terletak di Nevada, Amerika Syarikat dan dimiliki oleh Barrick Gold Corporation. Goldstrike terdiri daripada tiga lombong emas – satu lubang terbuka iaitu lombong Betze-Post dan dua lagi lombong emas bawah tanah iaitu lombong Meikle dan Rodeo. Dicampur penghasilan ketiga-tiga lombong emas ini pada 2011 menghasilkan output sebanyak 33,840 kg emas. Rizab keseluruhan Goldstrike yang terbukti adalah sebanyak 379,462 kg emas.

3. Yanacocha (Peru)

Lombong emas Yanacocha merupakan lombong emas yang terbesar di Amerika Selatan. Yanacocha terdiri daripada lima lombong emas ‘lubang terbuka’. Ia menghasilkan emas sebanyak 40,217 kg pada tahun 2011. Lombong emas ini dimiliki oleh Newmont Mining Corporation, Beunaventura Group dan IFC.

2. Cortez (Amerika Syarikat)

Lombong emas Cortez terdiri daripada beberapa siri lombong emas lubang terbuka dan juga lombong-lombong emas bawah tanah. Ia merupakan lombong emas kedua terbesar di dunia dan yang terbesar di Amerika Utara berdasarkan kepada saiz dan jumlah pengeluarannya. Pada tahun 2011 sahaja ia menghasilkan 44,198 kg emas dan memiliki rizab emas yang terbukti sebanyak 451,000 kg emas. Ianya juga dimiliki oleh Barrick Gold Corporation. Untuk pengetahuan anda, lombong emas Cortez juga merupakan antara lombong emas tertua yang masih beroperasi. Ia mula beroperasi pada tahun 1862.

1. Grasberg (Indonesia)

Lombong emas Grasberg merupakan lombong emas terbesar di dunia! Bukan setakat itu sahaja, malah Grasberg juga merupakan lombong tembaga ketiga terbesar berdasarkan kepada saiz dan juga pengeluarannya. 60% pemilikannya dimiliki oleh syarikat Freeport-McMoran Copper & Gold Inc. manakala baki selebihnya dimiliki oleh Rio Tinto. Ia menghasilkan 44,913 kg emas sekaligus menjadikan pengeluaran yang terbesar untuk tahun 2011. Apa yang lebih menarik, lombong Grasberg ini memberikan kepada kira-kira 20,000 orang peluang pekerjaan.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

namun begitu walau besar mana pun lombong emas di dunia ni masih ada 1 lagi yang paling besar dan hari2 kuantiti emasnya ditambah, dan lombong ni sangat dekat dengan kita! Layak menduduki takhta yang lebih tinggi dari nombor satu inilah dia lombong emas…

sekadar gurauan jangan marah ya abg jamal jamban dan semua peminatnya 🙂

kredit: zul segamat

8 Fakta Tentang Dr Zakir Naik Yang Perlu Kita Tahu. JANGAN Terkejut Baca No 5! Memang Betul-betul Buat Kita Kagum!!

8 Fakta Tentang Dr Zakir Naik Yang Perlu Kita Tahu. JANGAN Terkejut Baca No 5! Memang Betul-betul Buat Kita Kagum!!

KUALA LUMPUR: BERITA kunjungan penceramah agama tersohor dari India, Dr Zakir Abdul Karim Naik, telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam negara, dan lebih hangat dalam masa beberapa hari ini.

Sebahagian daripada masyarakat Malaysia amat ternanti-nanti akan kedatangannya malah ingin mengikuti majlis ceramah yang mengasah ketajaman pemikiran, khususnya tentang pemahaman dan penilaian berlandaskan perspektif agama Islam.

Namun, dalam masa yang sama, sebahagian lagi masyarakat menganggapnya sebagai ‘ancaman’, kerana kepetahannya berdebat dilihat ‘boleh mencetuskan perbalahan dan ketegangan agama’.

Selepas berjaya menarik perhatian dengan kemunculan di Terengganu pada Ahad, Dr Zakir menjadi topik hangat apabila Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar membuat keputusan agar ceramahnya di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) tidak diteruskan atas sebab ketenteraman awam dan sensitiviti agama di Malaysia.

Penceramah yang melepasi usia setengah abad itu dijadual menyampaikan ceramah berjudul ‘Similarities Between Hinduism and Islam’ (Persamaan Antara Hindu and Islam). Isu Dr Zakir kini menjadi perbualan hangat di Malaysia, tetapi sejauh manakah kita mengenali beliau?

Berikut senarai 8 fakta ringkas tentang penceramah tersebut:

1. Dr Zakir Adbul Karim merupakan seorang ulama, penceramah dan pendakwah dari India yang sering menyampai ceramah mengenai Islam dan perbandingan agama di seluruh dunia. Beliau dilahirkan pada 18 Oktober, 1965 di Mumbai.

2. Dr Zakir merupakan seorang doktor perubatan yang memperoleh ijazah Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS) dari Mumbai. Pada tahun 1991, beliau mula bekerja dalam bidang dakwah, dan mengasaskan Islamic Research Foundation (IRF) .

3. Dr Zakir merupakan seorang yang popular dalam membuat penilaian kritis dan memberi jawapan strategik kepada soalan-soalan yang mencabar yang diajukan oleh penonton selepas ceramahnya.

4. Menerusi ceramahnya, beliau menjelaskan sudut pandangan serta membetulkan pandangan salah terhadap ajaran Islam, dengan menggunakan al-Quran, hadis dan input relatif daripada kitab-kitab agama lain sebagai tambahan, bersama fakta saintifik.

5. Menurut laman blog The Islamic Research Foundation (IRF), dalam tempoh 20 tahun (sehingga tahun 2014) Dr Zakir telah mengadakan lebih 2,000 sesi ceramah di seluruh dunia.
Antaranya ialah Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Itali, Perancis, Arab Saudi, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Botswana, Nigeria, Ghana, Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Hong Kong, China, Mauritius, Sri Lanka dan Maldives.

6. Pada bulan Mac 2012, sesi ceramah beliau di Kishanganj, Bihar, dihadiri lebih daripada sejuta orang, dan menjadi salah satu perhimpunan terbesar di dunia bagi ceramah agama yang hanya dikendalikan oleh seorang penceramah.7. Pada tahun 2012, Dr Zakir pernah mengadakan ceramah di Malaysia. Ceramah beliau berlangsung di Johor Bahru, Universiti Teknologi MARA, Kuantan dan Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur.

8. Dr Zakir pernah menerima pelbagai anugerah dari pemimpin-pemimpin di seluruh dunia. Pada tahun 2013, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada Dr Zakir dalam Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M di Putrajaya.

Sumber:Astroawani.com

Kekayaan Dubai pada Hari ini Sudah Diberitahu Nabi Muhammad 1400 Tahun yang lalu !! Inilah Bukti Kebenaran Nabi Muhammad SAW!

Kekayaan Dubai pada Hari ini Sudah Diberitahu Nabi Muhammad 1400 Tahun yang lalu !! Inilah Bukti Kebenaran Nabi Muhammad SAW!

KISAH DUBAI DAN KEBENARAN SABDA NABI ﷺ

Kehidupan ini adalah nyata. Lebih nyata dari pendapat siapa pun tentang kenyataan. Ia terus bergerak, mengalir, dan berubah. Hari ini, seseorang miskin bertelanjang kaki. Esok hari, tiba-tiba ia menjadi miliyuner yang membangun gedung pencakar langit yang tinggi. Nabi ﷺ pernah bersabda menggambarkan situasi kehidupan akhir zaman,

“Dan bila engkau menyaksikan mereka yang berjalan tanpa alas kaki, tidak berpakaian, fakir, dan penggembala kambing, (kemudian) berlomba-lomba membuat bangunan yang tinggi.”

Sabda beliau ini nyata! Lebih nyata dari pendapat siapapun tentang kenyataan.

Kali ini kita bercerita tentang Dubai, sebuah emirat (propinsi) di negara Uni Emirat Arab yang menjadi bukti dari sekian banyak kebenaran sabda Nabi.

Sabda Nabi ﷺ

Suatu hari, bumi menjadi saksi pertemuan dua makhluk agung dan mulia. Malaikat yang terbaik berjumpa dengan manusia termulia. Malaikat Jibril datang menjumpai Nabi kita Muhammad ﷺ. Jibril datang dengan wujud manusia. Ia datang dengan penampilan indah. Mengenakan baju yang teramat putih ditimpali warna rambut yang hitam kelam. Ia datang berdialog dengan Nabi Muhammad ﷺ untuk memberikan pengajaran kepada para sahabat. Jibril bertanya tentang Islam, iman, dan ihsan. Kemudian ia bertanya tentang tanda kiamat. Di antara jawaban Nabi ﷺ adalah,

وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُونَ فِي الْبُنْيَانِ.

“Dan bila engkau menyaksikan mereka yang berjalan tanpa alas kaki, tidak berpakaian, fakir, dan penggembala kambing, (kemudian) berlomba-lomba membuat bangunan yang tinggi.” (HR. Muslim).

Inilah di antara tanda-tanda hari kiamat. Tanda hari kiamat ada yang sifatnya baik. Ada pula yang buruk. Ada pula hanya sekedar kabar atau tanda yang aslinya tidak bersifat baik ataupun buruk. Hanya sekadar tanda dan kabar agar manusia sadar bahwa kiamat pasti terjadi. Contohnya seperti berlomba-lomba membuat bangunan yang tinggi ini.

Dalam hadits lain, yang diriwayatkan Imam Ahmad dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, ada keterangan tambahan. Ibnu Abbas bertanya kepada Nabi ﷺ:

يَا رَسُـولَ اللهِ، وَمَنْ أَصْحَابُ الشَّاءِ وَالْحُفَاةُ الْجِيَـاعُ الْعَالَةُ قَالَ: اَلْعَرَبُ.

“Wahai Rasulullah, dan siapakah para pengembala, orang yang tidak memakai sandal, dalam keadaan lapar dan yang miskin itu?” Beliau menjawab, “Orang Arab.” (Musnad Ahmad, IV/332-334, no. 2926).

Emirat Dubai

Dubai adalah salah satu emirat di wilayah Uni Emirat Arab (UAE). UAE sendiri merupakan sebuah negara federasi yang terdiri dari tujuh emirat yang kaya akan minyak bumi. Tujuh emirat ini adalah: Abu Dhabi, Ajman, Dubai, Fujairah, Ras al-Khaimah, Sharjah, dan Umm al-Qaiwain. Pada tahun 1971, enam dari emirat ini – Abu Dhabi, Ajman, Fujairah, Sharjah, Dubai, dan Umm al-Qaiwain – bergabung untuk mendirikan Uni Emirat Arab. Setahun berikutnya, Ras al-Khaimah menyertai mereka. Dubai adalah ke-emiran yang paling populer.

Ada yang mengatakan, nama kota ini berasal dari bahasa Persia. Karena dulu wilayah ini berada di bawah kekuasaan Kekaisaran Sasaniyah Persia. Ada pula yang mengatakan kata Dubai berasal dari bahasa Arab dabba (Arab: دَبَّ – يَدُبُّ) yang artinya menjalar atau mengalir. Karena di Dubai terdapat aliran sebuah sungai air garam yang sekarang dikenal dengan Khor Dubai atau Dubai Creek.

Dubai terletak di sepanjang pantai Teluk Arab dipimpin oleh keluarga al-Maktoum sejak 1883. Pemimpinnya saat ini adalah Mohammed bin Rashid al-Maktoum yang juga menjabat sebagai Perdana Menteri dan Wakil Presiden UEA.

Dubai Sebelum Metropolis

Dalam wawancara dengan BBC, Syaikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum menunjukkan rumah kakeknya, tempat bermain di masa kecilnya. Ia mengatakan, “Inilah tempat ayahku, ibuku, dan kami tinggal. Saat aku lahir tidak ada listrik di sini. Hanya bagian itu dan itu (ia menunjuk dua titik tempat lampu menyala di rumah besar itu) dan tidak ada air”.

Pernyataan singkat ini, menggambarkan bagaimana keadaan Dubai sebelum bertransofmasi menjadi kota metropolis. Rumah keluarga al-Maktoum, keluarga Emir Dubai, adalah rumah yang gelap dan kesulitan air. Apalagi rumah rakyat biasa.

Meskipun minyak sudah ditemukan sejak tahun 1966, tahun 1973, hanya ada satu hotel berkelas di sana, Hotel Sheraton. Kalau sekarang malah sangat sulit menemukan hotel yang tidak berbintang lima di Dubai, bahkan ada hotel berbintang tujuh di sana.

Lihat gambar dan video berikut untuk mengetahui kondisi Dubai sebelum menjadi kota metropolis:

Sebuah pasar di pusat Kota Dubai pada tahun 1970

Caravan onta di Dubai. Berlangsung antara tahun 1960an – 1970an.

Dubai pada tahun 1960an-1970an

Image result for dubai metropolis

Dubai in 1960 and Dubai 2018

Posted by Tony Milar on Sabtu, 2 Jun 2018

Dubai Metropolis

Islam adalah agama yang tidak menghalangi kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi. Inovasi dalam hal dunia dibuka selebar-lebarnya selama tidak melanggar syariat. Di zaman dahulu umat Islam terkenal dengan kemajuan arsitekturnya. Oleh karena itu, tanda hari kiamat berupa berlomba-lombanya manusia dalam meninggikan bangunan tidak dikategorikan sebagai permasalahan yang nilai dasarnya jelek. Bahkan bisa jadi pembangunan ini bermanfaat dan maslahat.Dubai Modern

Sekarang di Dubai, semuanya serba besar, luas, dan tinggi. Megah, mewah, sampai membuat mulut ternganga. Dubai adalah kota dengan pertumbuhan tercepat di dunia. Gurun yang kosong telah berubah menjadi gedung-gedung pencakar langit. Onta-onta telah berubah menjadi Ferrari, Mercedes, Hummer, dll. Di antara bangunan tinggi di Dubai adalah:

Image result for burj dubai

Pertama: Burj Dubai atau yang dikenal Burj Khalifa, Merupakan bangunan tertinggi di dunia. Tingginya 818 m, kurang 182 m lagi jadi 1 Km. di dalamnya ada 30.000 rumah dan 9 hotel mewah.

Kedua: 10 Hotel tertinggi di dunia, 7 di antaranya ada di Dubai. Lima hotel tertinggi; JW Marriott Marquis Dubai (355 m), Rose Rayhaan (333 m), Burj Al Arab (321 m) hotel termewah di dunia, Jumeirah Emirates Towers Hotel (309 m), The Address Downtown Dubai (306 m), semuanya ada di Dubai.

Ketiga: Shopping Mall terbesar di dunia adalah Dubai Mall dengan luas 50 kali luas lapangan sepak bola dan terdapat 1.200 toko. Di dalamnya ada akuarium terbesar di dunia yang isinya 33.000 hewan laut.

Keempat: al-Maktoum International Airport atau Dubai International Airport merupakan bandara terluas ke-3 di dunia.

Kelima: Dubailand. Sekarang Walt Disney World Resort di Orlando memegang rekor taman bermain terluas di dunia. Kalau pembangunan Dubailand rampung, maka taman yang luasnya dua kali lipat Walt Disney ini akan memegang rekor baru.Aquarium di Dubai Mall

Masih banyak lagi gedung-gedung tinggi dan bangunan-bangunan yang ‘wah’ di Dubai. Ada menara kembar Emirates Tower yang bentuknya seperti dua batang cokelat Toblerone. Hotel bawah laut di kedalam 33 m. Gedung 68 lantai, yang tiap lantainya bisa berputar 360°. Belum lagi pulau buatannya seperti The World terdapat 300 pulau buatan membentuk peta dunia. Kemudian juga Palm Island yang terdapat 2000 vila dan 40 hotel mewah. Belum lagi kendaraan super mewah. Anda masih berpikir orang Arab identik mengendarai onta? Ubah segera perspektif lama itu. Di Dubai, mobil mewah berlapis perak dan emas pun ada. Sampai-sampai polisi Dubai layak disebut World’s Fastest Police karena kendaraan mereka McLaren MP4-12C, Lamborghini, Aston Martin, Bentley, dan Ferrari.

Mereka yang dulu miskin, telanjang kaki, tak berbaju itu telah membuktikan kebenaran sabda Nabi ﷺ.

Pelajaran:

Penulis tidak menginginkan pembaca hanya terpaku dan terhenti dalam khayalan, membayangkan kemegahan Duai. Bukan itu pesan yang ingin disampaikan.

Cobalah renungkan Sabda Nabi ﷺ. Bernarlah apa yang beliau kabarkan. Hal itu pula menunjukkan mukjizat beliau. Beliau mengabarkan tentang sesuatu yang akan terjadi di masa yang akan datang. Orang yang hidup di masa tersebut akan menyaksikannya.

Beliau mengabarkan tentang orang-orang miskin berlomba-lomba meninggikan bangunan. Hal itu telah terjadi. Dan kita telah menjadi saksinya. Beliau mengabarkan tentang turunnya Nabi Isa, keluarnya Dajjal, Ya’juj dan Ma’juj, hal ini pun pasti terjadi. Orang yang hidup di zamannya akan menjadi saksinya.

Dan beliau ﷺ mengabarkan tentang kenikmatan surga dan kengerian neraka, orang yang percaya sebelum mereka menyaksikannya, merekalah orang yang beruntung dan berbahagia. Orang yang baru percaya ketika menyaksikannya, mereka benar-benar dalam penyesalan dan duka cita yang mendalam.

“Saat ini, dunia itu nyata dan neraka hanyalah cerita. Akan tetapi ketika di akhirat, Neraka adalah nyata dan dunia hanyalah cerita.”

Sumber:

– al-Wabil, Yusuf bin Abdillah. TT. Asyrath as-Sa’ah. Dar Ibnu al-Jauzi.

– nationalgeographic.com

– wikipedia.org. dll.

Oleh Nurfitri Hadi (@nfhadi07)

Artikel www.KisahMuslim.com

(Pengalaman Saya)Rezeki saya Terbuka Luas Lepas Amalkan 2 Perkataan Zikir Ini.2 Perkataan Sahaja!

(Pengalaman Saya)Rezeki saya Terbuka Luas Lepas Amalkan 2 Perkataan Zikir Ini.2 Perkataan Sahaja!

Mau rezeki terus terbuka dan lancar? Berzikirlah ! Zikir itu adalah jalan pintas atau jalan termudah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Karena zikir tidak terbatas ruang dan waktu. Setiap saat kita bisa melakukannya. Bukan hanya setelah shalat fardhu bahkan saat menunggu maupun di sela-sela aktivitas kerja kita bisa berzikir.

Zikir itu intinya adalah mengingat Allah setiap saat. Bukan hanya komat-kamit membaca serangkaian kata-kata dalam bahasa Arab tapi hendaknya harus mengerti arti atau maknanya. Zikir yang terbaik adalah yang mengagungkan Allah seperti Asmaul Husna. Kita mengenal ada 99 nama yang dimiliki Allah yang intinya mengagungkan dan membesarkan namaNya.

Salah satu Asmaul Husna yang sering saya amalkan adalah Ya Fattah Ya Razzaq.

Al Fattah

Arti dari Asmaul Husna ini adalah pembuka. Jika diamalkan secara rutin bisa membuka rezeki, membuka jodoh, membuka jalan usaha, membuka pikiran yang tertutup, membuka langit, membuka ampunan. Apa saja yang terasa tertutup dan kita ingin membukanya dengan izin Allah maka zikir mengulang-ulang nama Allah Ya Fattah bisa dilakukan.

Bagi yang belum punya jodoh, zikir ini berarti memohon agar dibukakan jodohnya, dipertemukan dengan orang tepat dan bisa membimbing dan dibimbingnya menuju jalan Allah.
Bagi yang belum punya anak, zikir ini berarti memohon agar diberi kesempatan memiliki buah hati dari rahim sendiri.
Bagi yang belum punya pekerjaan, zikir ini berarti memohon agar dibukakan jalan menuju pekerjaan impian atau di bukakan jalan untuk memulai usaha sendiri.
Bagi yang punya banyak dosa, zikir ini berarti memohon agar pintu ampunan Allah dibukakan untuknya.
Bagi yang punya banyak masalah, zikir ini berarti memohon dibukakan jalan keluar dan solusi dari semua masalah yang menimpa.
Bagi yang lagi sakit, zikir ini berarti memohon dibukakan jalan kesembuhan baginya.

Ar Razzaq

Ya Razzaq adalah Maha Pemberi rezeki. Kita semua tahu bahwa Allah lah yang memberi rezeki. Jika diamalkan secara rutin maka rezeki insya Allah akan terus mengalir dan datang dari tempat yang tak disangka-sangka, dibebaskan dari masalah keuangan dan sebagainya.

Bagi orang yang rezekinya seret, susah, mandek, terhambat bisa mengamalkan zikir ini agar rezekinya lancar dan berkah.
Bagi yang memiliki anak, bisa membaca zikir ini agar anak yang dikandungnya atau dididiknya menjadi anak saleh, tidak bandel, bermanfaat dan bisa jadi tiket buat mengantar orangtuanya ke pintu surga
Bagi suami isteri yang mengarungi bahtera rumah tangga yang bermasalah, zikir ini bermanfaat untuk memohon rezeki rumah tangga yang sakinah dan menyatukan dua hati yang berjarak.
Bagi yang sedang usaha dan ingin usahanya terus membawa rezeki, amalan zikir bisa diamalkan.
Bagi yang ingin naik haji dan umroh segera bisa merutinkan bacaan zikir ini agar dimudahkan rezekinya menuju ke sana.
Bagi yang butuh biaya pendidikan, pengobatan, usaha dalam jumlah banyak bisa mengamalkan zikir ini agar dimudahkan memperoleh biaya tersebut.

Cara mengamalkan Ya Fattah Ya Razzaq

Banyak yang menyarankan agar membacanya sebanyak 111 kali setiap hari, 99 kali, 66 kali ataupun 33 kali. Bahkan kalau mampu bisa sampai 1000 kali atau 300 kali. Semakin banyak semakin baik.
Hendaknya diamalkan dimana saja dan kapan saja, tidak mesti harus selesai shalat fardhu saja.
Kalau saya pribadi membaca Ya Fattah Ya Razzaq setiap selesai shalat fardu 11 kali (disamping membaca tasbih, tahmid dan takbir). Saya juga membacanya setelah selesai shalat sunat dhuha dan shalat sunat tahajud. Setiap selesai dua rakaat shalat sunat tersebut sebelum melanjutkannya ke dua rakaat selanjutnya saya sempatkan membaca Ya Fattah Ya Razzaq sebanyak 11 kali. Baru kemudian saya lanjutkan dua rakaat berikutnya, selesai salam kembali membaca zikir tersebut sebanyak 11 kali. Begitu seterusnya. Karena sekarang Ramadhan saya juga mengamalkannya diantara shalat tarawih, agar puasa saya lebih berberkah dan dimudahkan.

Uztaz Yusuf Mansyur menyarankan membacanya minimal 12 kali, yaitu 5 kali setelah shalat fardu, 1 kali setelah dhuha, 1 kali setelah tahajud dan 5 kali diantara azan dan iqamat.
Disamping membacanya tetap berusaha seperti biasa, yang kerja tetap kerja yang dagang tetap dagang, jangan berhenti.

Yakin bahwa Allah akan mengabulkan hajat kita, membuka apa yang tertutup dan melancarkan apa yang tersendat termasuk rezeki kita.
Menyuburkan amalan-amalan pendorong doa, amal saleh dan sebisanya hindari maksiat.
Setiap saat bisa diamalkan kemudian dilanjutkan doa sesudahnya, memohonkan hajat kita. Bahkan saat nyetir pun bisa baca zikir tersebut ketimbang mendengarkan lantunan lagu-lagu dari CD atau turut pusing mendengarkan berita dari radio mobil.

Pengalaman saya setelah mengamalkan zikir Ya Fattah Ya Razzaq

Saya akui bahwa saya orang yang tidak terlalu religius. Ilmu saya masih sedikit dan menjalankan agama sesuai dengan ilmu yang sedikit itu. Zikir ini memang saya amalkan setelah membaca tauziah Uztaz Yusuf Mansyur mengenai percepatan rezeki dengan zikir Asmaul Husna termasuk Ya Fattah Ya Razzaq.
Sebisa mungkin saya berusaha untuk tidak meninggalkan shalat sunat rezeki yaitu shalat dhuha sebanyak 6 rakaat setiap harinya. Saya usahakan untuk shalat tahajud meskipun cuma 2 rakaat (meski terus terang lebih banyak tidurnya hehehe..).

Setelah rutin mengamalkan dengan cara di atas tadi saya tidak pernah merasakan masalah keuangan yang berarti. Pekerjaan saya sebagai PNS golongan III di sebuah instansi pemerintah bergaji tetap setiap bulannya tapi Alhamdulillah saya hidup merasa tak pernah kekurangan. Setiap saya ingin membeli sesuatu uangnya pasti tersedia. Ada-ada saja jalannya, bisa lewat saya ataupun lewat suami yang juga pegawai negeri, Saya membuat fikiran saya fokus pada keberlimpahan dan kebersyukuran atas rezeki yang saya miliki dan menepis jauh-jauh perasaan kurang dan tidak punya.
Saya tidak pernah mengatakan tidak punya uang (pada diri saya) meskipun kenyataannya uang di kantong saya memang tidak ada dan tabungan saya menipis. Saya selalu berfikir bahwa saya punya cukup banyak untuk dibelanjakan dan disyukuri. Jika uang saya sedikit, sedikit juga yang saya belanjakan dan syukurnya yang diperbanyak. Jika uang saya berlebih, saya belanjakan sesuai kebutuhan disertai syukur karena bisa berbelanja lebih dari biasanya.

Saya juga berusaha semampunya berbuat baik pada kedua orang tua terutama ibu saya dan mertua. Karena kebetulan berbeda kota, setiap orang tua / mertua mengunjungi kami tak pernah lupa untuk memberi sangu (ongkos) sekedarnya sebelum mereka pulang, berapa kalipun mereka datang dalam sebulan. Saya sangat paham pentingnya berbakti pada orang tua. Kepada anak kecil seperti ponakan yang berumur SD bahkan sampai yang kuliah sekedar memberi uang jajan 10 ribu untuk yang kecil sampai 50 ribu untuk yang besar tak lupa saya lakukan. Saya senang melihat mereka tersenyum dapat uang jajan / uang celengan dari saya. Terbayang waktu saya kecil bagaimana senangnya saat ada paman / bibi yang datang dan memberi uang jajan pada saya.

Alhamdulillah sejak saya mulai mengamalkan hal-hal tersebut di atas mulai sekitar tahun 2011 sampai saya menulis tulisan ini di awal Juli 2015 belum pernah saya merasakan kesulitan yang berarti dalam rezeki saya. Padahal sebelumnya saya juga sering mengalami masalah, seperti rumah kemalingan beberapa kali, emas, uang, dan harta benda melayang digondol orang, kecelakaan meskipun tidak parah dan sering merasa kekurangan uang.

Saat ini meskipun kami tidak kaya berlimpah harta tapi yang peling penting kami selalu merasa cukup. Kami bisa makan, berpakaian, punya rumah yang layak dan bisa berbagi dengan orang lain itu lebih dari cukup. Saya menuliskan ini real dari pengalaman saya pribadi, insya Allah tidak ada perasaan riya atau ingin dipuji tapi semata-mata saya niatkan buat pembelajaran untuk kita semua. Bahwa rezeki Allah itu fenomena yang tidak dapat dikalkulasi dengan hitungan matematika karena sifatnya yang abstrak. Bukan wewenang kita untuk menentukan berapa banyak rezeki yang kita terima, tapi itu adalah wilayahnya Allah. Kita hanya meminta dan memantaskan diri untuk menerima.

Saya tutup tulisan ini dengan penekanan bahwa ibadah yang baik itu bukan yang jumlahnya banyak tapi yang rutin dilakukan biar jumlahnya sedikit. Demikain pula dengan zikir ini, bukan berapa kali hitungannya dalam sehari tapi kontinuitasnya. Biar cuma 1 kali sehari tapi jika rutin itu lebih baik dibanding 1000 kali tapi cuma sekali selama setahun. Semoga Allah merahmati kita semua. Wallahu alam.

kredit
https://lancarrezeki.blogspot.my/2015/07/rezeki-gampang-terbuka-dan-lancar-zikir.html

Tidak Sah Rupanya Solat Tidak Keluar Suara! Al-Fatihah Serupa bisik dalam kelambu…

Tidak Sah Rupanya Solat Tidak Keluar Suara! Al-Fatihah Serupa bisik dalam kelambu…

DIRIKAN SOLAT dgn ILMU, IKHLAS Cari jalan utk dapat SOLAT FAELUN DAIMUN & KOSHIUN

Rukun Qauli ?
Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita. Berbisik, TAK SAH. suara angin, TAK SAH. baca dalam hati, lagi TAK SAH. Satu huruf tidak terdengar pun al-fatihah tu tak sah. Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.

Rukun Qauli tu apa?
Takbiratul ihram, Al-Fatihah, tahiyyat akhir, selawat dan salam pertama. ada 5 sahaja. yang lain rukun fi’li. niat rukun qalbi.

Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:

1. Qalbi (diingat dalam hati) ,2. Qauli (diucap dengan lidah).

3. Fi’li (perbuatan)

Rukun solat ada 13 perkara iaitu:

1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi’li]

2. Niat.[Qalbi]

3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]

Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).

4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]

Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.

5. Rukuk dengan tama’ninah .[Fi’li]

6. Iktidal dengan tama’ninah. [Fi’li]

7. Sujud dengan tama’ninah. [Fi’li]

8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama’ninah. [Fi’li]

9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi’li]

10. Membaca bacaan Tasyahhud / Tahiyat Akhir. [Qauli]

Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat.

11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]

اللهم صَلِّ على سيـّدنا مُحمـّد
12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]

Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah

ﭐﻟﺴﻼﻢ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﻭﺭﺣﻤﺔ ﭐﷲ
Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.

13. Tertib [Qalbi]

Catitan kuliah

INFO Ikhlas
Ust Hj Tahir Syazuli

Sumber: dePalmaSP

Kata Hikmah Keanu Reeves Terbaru Ini Bakal Buat Anda Tertanya Mereka Di Dunia Selebriti Malaysia Muslim Atau Dia Ni Muslim!

Kata Hikmah Keanu Reeves Terbaru Ini Bakal Buat Anda Tertanya Mereka Di Dunia Selebriti Malaysia Muslim Atau Dia Ni Muslim!

Selain daripada berlakon, kata-kata hikmah Keanu terhadap kehidupan dan dalam masa ini benar-benar memberi satu pelajaran yang amat baik bagi kami semua.

“Saya tidak boleh jadi sebahagian daripada dunia di mana lelaki menghias isteri mereka sebagai pelacur dengan mendedahkan semuanya yang harus dihargai. Di mana tiada konsep kehormatan dan kemuliaan”

Di mana wanita tidak mahu anak , dan lelaki tidak mahu sebuah keluarga.

Di mana sulur percaya diri mereka menjadi berjaya memandu kereta-kereta fathers` mereka , dan seorang bapa yang mempunyai sedikit kuasa mencuba untuk membuktikan bagi anda yang anda ialah ibarat melukut di tepi gantang.

Di mana orang dengan palsu mengisytiharkan bahawa mereka percaya pada Tuhan dengan satu das alkohol dalam tangan mereka , dan kekurangan sebarang persefahaman agama mereka.

Di mana konsep kedengkian dianggap memalukan , dan kesopanan ialah satu kelemahan.

Di mana orang terlupa tentang cinta, tetapi semata-mata mencari rakan kongsi terbaik.

Di mana orang membaiki setiap bisik kereta mereka, bukan berjimat apa-apa wang atau masa , dan diri mereka, mereka lihat sangat miskin yang hanya sebuah kereta mahal boleh menyembunyikannya.

Di mana budak lelaki membazirkan wang ibu bapa mereka dalam kelab malam, meniru di bawah bunyi keprimitifan , dan budak perempuan jatuh cinta pada mereka untuk ini.

Di mana lelaki dan wanita tidak lagi dapat dikenal pasti dan di mana semua ini bersama dipanggil kebebasan memilih, tetapi untuk mereka yang memilih satu laluan lain dijenamakan sebagai pemerintah yang zalim terencat.

Saya memilih jalan saya, tetapi ia satu kekesalan yang saya tidak mencari pemahaman serupa dalam orang ramai antara yang saya berharap untuk mendapatinya paling penting … ” – Keanu Reeves

“Rasulullah Tak Pakai Helmet, Kenapa Saya Harus Memakainya?” Tengok Apa Jawapan Polis Ni Bagi Kepada Pakcik ni….

“Rasulullah Tak Pakai Helmet, Kenapa Saya Harus Memakainya?” Tengok Apa Jawapan Polis Ni Bagi Kepada Pakcik ni….

Video hiasan…

Dalam menjalankan tugas sebagai mana kewajiban seorang polis trafik untuk menjaga keselamatan awam atau pengguna jalan raya amatlah penting dan itu adalah tanggung jawab mereka.

Kena tengking,maki hamun adalah irama yang menjadi alunan musik yang mereka dengar setiap hari. Padahal mereka hanya menjalankan tugas yang sebenarnya kebaikannya untuk anda sendiri.

Di sini telah berlaku satu kejadian yang cukup menarik dimana seorang yang nampak alim hanya mengenakan songkok putih dan berbaju putih layak sebagai seorang yang nampak kuat beragama berperang mulut dengan polis trafik akibat tidak memakai helmet ketika menunggang motorsikal.

Yang menariknya dalam pertengkaran mulut tersebut,Pengguna motorsikal tersebut memetik nama Rasullulah sebagai alasan mengapa beliau tidak perlu memakai helmet ketika menunggang motorsikal. Berikut perbualannya:

Polis: maaf boleh saya melihat lesen pakcik?

pakcik: apa kesalahan saya?

polis:pakcik tidak memakai helmet

pakcik: saya tidak akan mengenakan helmet sebab itu bukan sesuatu yang wajar di agama saya.
polis: maksud pakcik?

pakcik:Rasulullah tidak pakai helmet,jadi jangan paksa dan minta kepada saya untuk memakai sesuatu yang tidak dikenakan beliau

polis:tapi setahu saya,rasulullah tidak menunggang motor,saya ada satu soalan sederhana,kalau zaman nabi ada motor apakah pakcik yakin Rasulullah tidak akan pakai helmet?

pakcik:tersentak dan terdiam.

polis:pakcik dengan mudahnya mengharamkan yang pakcik benci,tapi menghalalkan yang pakcik sukai,seolah pakciklah penentunya,saya percaya bahawa Rasulullah lebih menyukai ummatnya yang melindungi kesihatannya dan menjaga dirinya serta keluarganya.

pakcik: Apa maksud tuan,apakah kerana tidak memakai helmet saya tidak melindungi keluarga saya?

polis: Ohh,sudah tentu pakcik,sebab jika terjadi hal buruk kepada pakcik akibat tidak memakai helmet,apakah keluarga pakcik tidak menerima akibatnya? bagaimana dengan perasaan takut dan tertekan yang akan mereka rasakan,siapa nanti yang akan mengurus dan menafkahi mereka?

pakcik: Allah akan menafkahi mereka

polis: Melalui apa dan siapa? bukankah rezeki yang diberikan Allah akan melewati orang lain? begitu halnya dengan keluarga pakcik,mereka menerima rezeki dari Allah melalui pakcik,jika pakcik mati akibat kemalangan,besar kemungkinan rezeki mereka akan melalui orang lain,mungkin jadi ayah tiri,apakah pakcik ikhlas dengan semua itu.

pakcik: Sekali lagi terdiam seolah apa yang dikatakan polis trafik itu mempunyai fakta yang kuat akan kebenarannya,dimana pada akhirnya pakcik tersebut mengeluarkan lesen dan ic untuk di saman kerana tdak memakai helmet ketika menunggang motor di jalan.

polis: Melindungi diri sama halnya dengan melindungi keluarga sendiri mungkin nampak remeh dengan sebuah helmet,tapi cuba pakcik bayangkan perasaan senang hati yang di rasai oleh isteri,ibu,ayah,anak di saat mereka melihat kepala kita di lindungi oleh helmet. Kita tidak akan mendapat kasih sayang seperti mereka dari manusia lain maka dari itu cintailah keluarga anda.
hari ini saya tidak menyaman pakcik,anggaplah nasihat saya sebagai surat saman bagi pakcik.

Tahukah Anda, Air Sejuk Lebih Baik Diminum Berbanding Air Suam?

Tahukah Anda, Air Sejuk Lebih Baik Diminum Berbanding Air Suam?

Ramai org kata tidak elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.

وكان صلى الله عليه وسلم يكره الطعام الحار ويقول عليكم بالطعام البارد فإنه دواء ألا وإن الحار لا بركة فيه وفي العوارف عن النبي صلى الله عليه وسلم النفخ في الطعام يذهب البركة

“Adalah baginda Nabi shallallaahu alaihi wa sallam membenci makanan panas dan bersabda : Makanlah makanan yang dingin karena ia obat dan ingatlah sesungguhnya yang panas tidak ada keberkahan di dalamnya”

Teruskan membaca untuk lebih memahami.

Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.

~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais
“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarny ada kebaikan didalam keburukan.
Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

**Siapa ckp mnum ais melemahkan tenaga batin?